Wednesday, April 13, 2011

Ribut, selut: kewajaran menerangkan sesuatu secara terperinci part1

Aku tak expect akan ada orang yang baca tulisan(nukilan) aku selain dari Raksasa Jagung. Thank you sir. Tapi kalau ada orang lain yang terbaca, read at your own risk.

Anyways, aku nak membebel pasal sabar. Cekal, tabah, perseverance... aku golongkan semua sekali dalam sabar. Aku sedar, akhir-akhir ini aku seolah sudah kurang sabar. Aku pun heran sebab aku anggarkan kalau kesabaran manusia biasa adalah 55sp, (sp=sabar power) aku mungkin dalam area 374.22sp. Sebab aku betul2 penyabar!

            Foto: Aku sedang menahan sabar. Doktor falsafah mana la yang manggakan pintu toilet ni.

Contoh kesabaran aku: Dalam awal tahun ini la, aku menanti dalam kereta, sabar, menunggu orang alihkan kereta yang menghalang unicron aku di hadapan sebuah pusat karaoke. Setelah hampir beberapa ketika menghidupkan enjin, Aku lepak kat luar, hembuskan kemarahan aku dalam bentuk karbon monoksida sehingga ada "orang" sedar yang dia menghalang kemaraan unicronku. "Orang" itu meminta maaf dalam pelbagai bahasa dan yang magiknya, aku sekadar tersenyum.

Mesti ada orang kata,"Kenapa tak tekan hon je?". Aku benci bunyi hon. Menekan hon bagi aku tiada unsur seni, tiada unsur verbal abuse.... Nampak macam sengal je kan? Tapi, itu la kadar kesabaran aku.

Feh... sebab apa agaknya aku mudah hilang sabar sekarang.....?





p/s: Unicron adalah sebuah kenderaan ajaib bertayar 4, siap dengan tayar sparenya sekali. Ajaib bukan?

3 comments:

  1. Mudah2an kita tergolong dalam golongan orang2 yg sabar.Hasil kajian aku menunjukkan org yg sangat penyabar itu paling tidak disenangi oleh Syaiton...padan muka Syaiton dan keturunannya.

    ReplyDelete
  2. Yerp. aku sedang cuba meningkat kan kesabaran aku tahap bukuit.

    ReplyDelete
  3. Lalu bertapa lah engkau di Guinung-guinung...

    ReplyDelete