Epik Bisu Legenda Urban
Tak pernah berita atau cerita ini tersebar ke khayalak ramai. Namun tidak bermaksud ianya tidak pernah terjadi. Niat Penulis sekadar ingin berkongsi dengan orang awam mahupun tidak berapa awam....
Ianya bermula apabila Encik Munir (Sudah tentu bukan nama sebenar) dan Puan Rozi (Mungkin nama sebenar), sepasang suami isteri muda yang baru sahaja mendirikan rumahtangga 3 tahun lepas, keluar dari sebuah pasaraya terkemuka setelah membeli belah tak hingat donia.
Dengan dua troli penuh, mereka termengah-mengah menolak menuju ke arah kereta mereka. Kereta mereka pula diletakkan di kawasan pakir lapang, tidak lah terlalu jauh dengan pasaraya tersebut.
Setelah memunggah hasil rampokan... er... barangan ke dalam but, Encik Munir melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 10:33 malam. Seperti kebanyakan pengguna-pengguna troli yang lain, mereka sekadar meninggalkan troli yang sudah mereka gunakan tadi terbiar di sebuah belakang van tanpa sebarang perasaan segan silu.
Sedang Encik Munir mula memandu, Puan Rozi ternampak dalam sekilas pandang akan bayangan seakan orang di dalam van tersebut. Namun Puan Rozi melupakan hasrat untuk memberitahu suaminya dan sekadar menganggap ianya ilusi semata-mata.
Mereka berbual kosong sepanjang perjalanan apabila tiba-tiba!!!!! Puan Rozi membuka plastik dan mengeluarkan aiskrim potong berperisa cendol dan menyuapkan kepada suaminya yang tercinta. Amboihhh!!!
Setibanya mereka di rumah, Encik Munir segera memunggah barangan manakala isterinya membuka pintu. Betapa terkejutnya Puan Rozi apabila mendapati yang terdapat beberapa troli yang bagaikan terasimilasi antara satu sama lain di hadapan pintu. Encik Munir yang dalam masa yang sama terkejut beruk habaq ang tanpa membuang masa segera mengambil lampu suluh lantas menyuluh ke dalam rumah.
Bagaikan telah berlatih, mereka menjerit secara harmoni apabila mendapati tiada ruang di dalam rumah mereka yang kosong tanpa troli. Penuh dan bagaikan bercantum antara satu sama lain. Kukuh dan tidak boleh digerakkan walau bagaimana mereka cuba sekalipun.
Setelah beristighfar beberapa kali, Encik Munir segera menelefon bomba, polis serta power rangers. Anggota bomba yang tiba beberapa minit kemudian turut terkejut namun dengan cara yang agak profesional. Tanpa membuang masa, salah seorang seorang dari anggota bomba tersebut mengeluarkan mesin pemotong berkuasa dengan niat untuk memotong troli-troli yang memenuhi ruang dalam rumah pasangan malang tersebut.
Jam menunjukkan pukul 11:45 malam apabila jiran tetangga mula memenuhi halaman rumah pasangan tersebut apabila terdengar akan bunyi bising mesin pemotong berkuasa tersebut. Masing-masing termanggu bagaimana perkara di luar fikiran manusia biasa seperti ini boleh terjadi.
Setelah berjam-jam cubaan memotong, troli-troli tersebut tidak terusik walau sedikitpun, malahan, seolah-olah bertambah. Para anggota bomba sekadar mampu menggelengkan kepala. Puan Rozi menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh beberapa orang jiran wanita.
*************************************************************
Setelah beberapa minggu mencuba pelbagai cara antaranya memanggil beberapa orang dukun, pawang dan ustaz, usaha mereka untuk mengeluarkan ribuan troli-troli dari rumah pasangan Encik Munir dan isterinya masih gagal. Pada ketika inilah Encik Munir sedar akan akibat tindakan mereka meninggalkan troli sesuka hati tempohari membawa padah..... Sekian.....
*Moral : Jangan tinggalkan troli merata-rata sehingga menyusahkan orang lain. Sila letakkan ditempat yang sepatutnya. Orait?
Remote Controlled Rocketman
Rocket propelled victory rider with a little dent in mind.
Tuesday, January 22, 2013
Saturday, May 7, 2011
Maybe.
I was sitting in the shade of a cindered tree.
Wondering.
Was it burnt by humans or struck by an unforgiving lightning?
I was surely hope for the latter.
One lightning strike on a non human means, one soul is save.
And enormous cloud slowly approaching.
The word "lightning never strikes twice" calms me a bit.
I saw a flock of birds chirping.
It seems that they are reminiscing about their day.
About their lives, maybe.
About how one flew across Atlantic just to find it's spouse here, maybe.
About how one managed to outsmart a much larger predator, maybe.
Or, just about how one managed to fill it's stomach today.....maybe.
Maybe.
"Maybe I should get going."
"Maybe this place was not meant for me."
"Maybe there is something else for me out there."
I was about to get on my feet when suddenly the enormous cloud starts to discharge it's content.
Somehow, I managed to lit my last coffin nail.
With my nicotine laced soul, I walked along the road.
Still wondering.
Is it true that "lightning never strikes twice"?

Friday, May 6, 2011
Pelik.
Pelik.
Aku berhenti berjalan.
Namun, bayangku terus menapak meninggalkanku.
Pelik.
Aku berhenti bercakap.
Namun, terdengar suara menidakkan kataku.
Pelik.
Aku berhenti melihat.
Namun, gambaran itu jelas dalam kotak mindaku.
Pelik.
Aku berhenti mencuba.
Namun, putus asa tidak wujud dalam vokabulariku.
Pelik.
Aku berhenti disini.
Namun, kelihatan aku bermula di situ.
Pelik.
Aku berhenti menjadi aku.
Bayangku masih tetap menunggu.
Tiada suara mengiyakan kataku.
Tiada lagi gambaranmu dalam kotak mindaku.
Tiada vokabulari yang dapat menjelaskan putus asaku.
Aku yang bermula di sana, akan tamat di situ.
Namun, aku yang berhenti menjadi aku, masih termanggu-manggu. Entah apa yang aku tunggu.
Pelik bukan?
Friday, April 22, 2011
Who needs.......?
Who needs continuum theory just to see this?
A mere calculator which runs on solar will do.
I'm glad just to see 0.7734 on those scarred screen, for the least.
Who needs time machine, just to see this?
A mere alarm clock which runs on low nicad batteries will do.
I'm glad just to be able to savor the extended hour, for the least.
Who needs space telescope, just to see this?
A mere spy glass which runs on patience and resilience will do.
I'm glad just to find the slightest hint, for the least.
Who needs you, just to see this?
A mere idiot who runs on carbon monoxide and perseverance will do.
I'm glad just to see the resemblances of you smiling, for the least.
Thursday, April 14, 2011
Rest assured, this is not a prank call.
Macam best plak ble membebel kat blog ni. Kalu aku tau, dah lama aku buat blog ni.
Anyways, baru balik, aku sekadar mengheret kasut menaiki tangga yg seakan x berpenghujung. Dah lama x ot nih. Feh... ot pun bukan dapat duit, cuma pengalaman je la. Dan penat. Penat la banyak. Sgt banyak....
So, aku berazam untuk cuba mengontact memember yg lain plak. Like they always say, a friend a day, will make the awek go away...atau an apple in need is a doctor indeed.... lebih kurang kat situ la...
Anyways, baru balik, aku sekadar mengheret kasut menaiki tangga yg seakan x berpenghujung. Dah lama x ot nih. Feh... ot pun bukan dapat duit, cuma pengalaman je la. Dan penat. Penat la banyak. Sgt banyak....
Ari ni masa kat site, aku banyak buat call. Call mbr2 lama, family. Sampai ada yg kata,"Ko dah lama x call aku ni musti ada sebab tetiba call. Ko nak mintak alamat nak bagi kad kawinkan?"... Kat dalam sinun(dalam ati aku) aku sedikit terasa. Memang ada benarnye pun. Memang dah lama aku x contact beliau. Sebelum ni beliau ada jugak contact aku. Heh, resam manusia zaman skang, kalu time susah baru nak carik kawan.
Foto: Aku n antara member baik aku, Wan. Beliau merupakan seorang doktor cinta yang sangat disegani.
Wednesday, April 13, 2011
Ribut, selut: kewajaran menerangkan sesuatu secara terperinci part1
Aku tak expect akan ada orang yang baca tulisan(nukilan) aku selain dari Raksasa Jagung. Thank you sir. Tapi kalau ada orang lain yang terbaca, read at your own risk.
Anyways, aku nak membebel pasal sabar. Cekal, tabah, perseverance... aku golongkan semua sekali dalam sabar. Aku sedar, akhir-akhir ini aku seolah sudah kurang sabar. Aku pun heran sebab aku anggarkan kalau kesabaran manusia biasa adalah 55sp, (sp=sabar power) aku mungkin dalam area 374.22sp. Sebab aku betul2 penyabar!
Contoh kesabaran aku: Dalam awal tahun ini la, aku menanti dalam kereta, sabar, menunggu orang alihkan kereta yang menghalang unicron aku di hadapan sebuah pusat karaoke. Setelah hampir beberapa ketika menghidupkan enjin, Aku lepak kat luar, hembuskan kemarahan aku dalam bentuk karbon monoksida sehingga ada "orang" sedar yang dia menghalang kemaraan unicronku. "Orang" itu meminta maaf dalam pelbagai bahasa dan yang magiknya, aku sekadar tersenyum.
Mesti ada orang kata,"Kenapa tak tekan hon je?". Aku benci bunyi hon. Menekan hon bagi aku tiada unsur seni, tiada unsur verbal abuse.... Nampak macam sengal je kan? Tapi, itu la kadar kesabaran aku.
Feh... sebab apa agaknya aku mudah hilang sabar sekarang.....?
p/s: Unicron adalah sebuah kenderaan ajaib bertayar 4, siap dengan tayar sparenya sekali. Ajaib bukan?
Anyways, aku nak membebel pasal sabar. Cekal, tabah, perseverance... aku golongkan semua sekali dalam sabar. Aku sedar, akhir-akhir ini aku seolah sudah kurang sabar. Aku pun heran sebab aku anggarkan kalau kesabaran manusia biasa adalah 55sp, (sp=sabar power) aku mungkin dalam area 374.22sp. Sebab aku betul2 penyabar!
Foto: Aku sedang menahan sabar. Doktor falsafah mana la yang manggakan pintu toilet ni.
Mesti ada orang kata,"Kenapa tak tekan hon je?". Aku benci bunyi hon. Menekan hon bagi aku tiada unsur seni, tiada unsur verbal abuse.... Nampak macam sengal je kan? Tapi, itu la kadar kesabaran aku.
Feh... sebab apa agaknya aku mudah hilang sabar sekarang.....?
p/s: Unicron adalah sebuah kenderaan ajaib bertayar 4, siap dengan tayar sparenya sekali. Ajaib bukan?
Sunday, April 10, 2011
secara automatik, aku mengisytiharkan bahawasanya, aku memerlukan beberapa milisaat sahaja lagi untuk menghapuskan segala memori aku terhadap dia untuk selamanya. Beberapa milisaat lagi..... sikit lagi.... sikit je lagi......................................................................lagi 2, 3 milisaat....................................................
Subscribe to:
Comments (Atom)